Appreciate what still remains


Everyone have to know hidup tak ada ayah sangatlah susah. Kau kena hidup dengan apa yang kau mampu je.  Bukan dari segi duit je.  Tapi semua. Dari segi transport, berseronok dengan family, dan kau kena sedar diri yang kau tak macam orang lain. Kalau dah tak boleh tuh, memang tak boleh. Tapi Alhamdulillah dari segi duit keluarga aku tak ada masalah. Alhamdulillah selama hidup tak ada abah, for 8 years tak pernah tak cukup duit. Alhamdulillah sangat sangat sebab rezeki bertambah. Tak kaya tapi hidup aku lebih senang berbanding orang yang hidup susah tak ada ayah. Ini lah namanya hikmah kot. Allah ambil balik ayah aku, tapi dia limpah ruah kan rezeki kiteorang. Allah itu maha adil.

Dari segi transport, kalau dulu masa abah ada, aku hidup pergi sekolah ber-ambil ber-hantar. Jarang balik rumah jalan kaki. Kalau balik jalan kaki memang dah tahu dah kenapa,  Abah tertidur lah tuh. Haha :') Tapi lepas abah dah tak ada, aku kena jalan kaki. Mama kerja. Makan tengahari, mama kena siapkan awal-awal sebab lepas sekolah kebangsaan nak kena pergi sekolah agama pulak. Dari umur 11 aku dah start uruskan diri sendiri. Bila naik tingkatan dua dah kena start ubah. Pergi/balik sekolah naik bas. Bayangkan masa tuh tak pernah naik naik bus ni. Well, the hardest step is the first step. Bila pikir balik I have to. All I do was go with flow. And times passed by. It has been 8 years dah. Siapa yang kenal aku, diorang tahu aku bukan jenis yang bercerita pasal kesusahan aku. Not even once aku pernah cerita.  Well it is just me.. Pretend that everything is fine, I am fine. Konon macam tak ada apa-apa berlaku walau sebenarnya benda tuh aku pikir siang malam pagi petang.

Kalau keluar jalan-jalan dengan family or pergi holiday, family lain semua complete. Mak, ayah, kakak, adik abang semua but aku. 1 person missing. Dan benda tuh memang aku tak boleh nak ubah sampai bila-bila unless mama kahwin lain which is HELL NO! Beberapa hari lepas abah pergi aku dah bagi hint awal-awal dekat mama yang aku tak nak ayah baru. Aku tak nak mama kahwin lain. Sedih sangat. Bila semua orang cerita pasal ayah masing masing aku diam. Aku nak cerita apa? Cerita apa je yang aku ada pasal ayah ni? To be honest memang tak banyak pun. Sebab kecik kecik dulu memang tak rapat sangat dengan abah. Memang tak ada lah nak peluk peluk ke apa. Afiq je yang rapat dengan abah dulu. So kenangan dengan arwah abah memang sikit unless tengok balik gambar gambar lama baru cam boleh ingat balik.

Kalau orang tanya apa yang aku rasa jawapan aku kosong. 1 second can change my entire life macam tuh je. Abah tak pernah sakit sebelum ni. Setakat sakit demam biasa. But one day dia sakit and the next morning he's gone. Aku tak prepare langsung untuk ada dalam keadaan macam ni. Alhamdulillah semua okay. Hidup aku lebih senang dan mudah. Masing masing dah besar skrng. So dah tak ada apa sangat. Mama memang tak pernah bagi kiteorang rasa susah even hidup tak ada ayah ni. Kalau dulu ada abah shopping dekat sekian sekian sekian lepas abah tak ada pun still the same. Sama jugak. Brand baju or anything yang dah biasa guna still remain unchange. Even makin up adalah. Biasa ah anak dara en en en. Haha sampai orang tak percaya aku tak ada ayah sebab cara aku tak macam aku ni anak yatim.

Aku akan sentiasa ingat orang dekat sekeliling aku. Maybe diorang tak nampak apa yang diorang dah buat. Apa yang diorang dah tolong. Tapi aku sangat sangat terharu ada orang-orang macam ni. Dan aku sangat bersyukur Allah pertemukan aku dengan orang yang sangat memahami aku dan keluarga. To these family,
Najah, Rafaa, Huzai, Kaka, Echa, Faii, Zurish, Yaya, Leen, Zeera, Zurish. Thanks to you and your family. Thanks a lot :')  I love all of you.

P/s: Benda ni dah ada dalam draf like a week? Haha